Rabu, 23 Juni 2010

Khasiat nanas

Dahulunya., para peneroka mendapati kaum “Indian” mengunakan nanas untuk mengurangkan nanah pada luka dan juga untuk merawat beberapa jenis kecederaan kulit. Orang –orang tempatan di sana turut minum jus nanas untuk membantu penghadaman dan melegakan sakit perut. Pada tahun 1891 suatu enzim yang menguraikan protein diekstrak daripada isi buah nanas. Enzim yang dimaksudkan ialah bromelain. Kemampuan enzim ini menguraikan beberapa jenis protein, membolehkannya digunakan untuk memecah bekuan darah dalam salur-salur darah manusia.

Sehingga kini pelbagai kajian diteruskan dan kandungan nanas juga dikenalpasti berguna untuk pelbagai kegunaan perubatan yang lain. Antaranya ialah rawatan tisu terbakar dan ulser. Ekstraknya turut memainkan peranan yang penting dalam rawatan serangan sakit jantung.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar